BLURB ISTERI TAK DIDENDANG - TIANA
Bila Linda, seorang isteri yang taat, patuh serta mampu berdikari menguruskan semua hal rumahtangga sendiri meminta diceraikan kerana tak lagi rasa disayangi, Firhan memperlekehkannya.
Linda tekad membawa diri, memulangkan kembali kata-kata Firhan sehingga dia tiada pilihan selain melepaskan isterinya itu. Tegar sungguh Linda kerana dua anaknya turut ditinggalkan di bawah jagaan Firhan!
Linda telan saja semua cemuhan kerana cuma dia tahu siapa Firhan sebenarnya. Demi masa depan, dia terpaksa berkorban rasa untuk anak-anaknya buat sementara waktu.
Sangkanya, Firhan akan bahagia bersama isteri kedua. Bila Firhan kembali menagih cinta Linda, dia hanya mampu ketawa.
Masihkah ada cinta Linda untuk Firhan, jika dia cuma menjadi isteri tak didendang?
Buy Now